Kesukarelawanan

Kesukarelawanan

BAB 2
LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN

2.1. PENGENALAN
Kesukarelawanan atau kerja sukarela bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat di Malaysia. Kesukarelawanan merupakan satu bantuan berterusan dimana individu mencari peluang untuk membantu individu lain yang sedang memerlukan bantuan, mewujudkan komitmen sebagai penolong yang berterusan dan meneruskan komitmen ini tanpa sebarang ikatan obligasi kepada bantuan yang diberikan kepada penerima bantuan.

Jabatan Sains Kebajikan Sosial Indonesia telah mendefinisikan kesukarelawanan sebagai pekerjaan sosial. Menurut Siporin (1975), Morales dan Sheafor (1989) dan Suharto (1997), pekerjaan sosial adalah pekerjaan pertolongan kemanusiaan yang tujuan utamanya adalah untuk membantu keberfungsian sosial individu, keluarga dan masyarakat dalam melaksanakan pelan-pelan sosialnya.

Kesukarelawanan dalam kata lain adalah memberikan bantuan dalam bentuk modal sosial. Menurut Putnam (1993), modal sosial adalah kemampuan warga untuk mengatasi masalah awam dalam iklim demokratik. Schaft dan Brown (2002) mengatakan bahawa modal sosial adalah norma dan jaringan yang melancarkan interaksi dan transaksi sosial sehingga segala urusan bersama masyarakat dapat diselenggarakan dengan mudah.

Menurut Lalita C. Thapa dan Uttam N. Malla (2002), kesukarelawanan merupakan ekspresi kepada minat diri untuk berkhidmat kepada orang lain. Ia datang daripada sikap belas kasihan terhadap kemanusiaan, iaitu memiliki hati yang besar untuk membantu orang lain. Justeru, ia bukanlah lebih kepada intelektual atau latihan akademik minda tetapi ia lebih kepada perasaan dan semangat. Bagaimanapun, definisi bagi kesukarelawanan mungkin berbeza dari semasa ke semasa, diantara individu, dalam sesuatu bangsa dan juga di dalam sesuatu kebudayaan.

Masyarakat industri memberikan peluang yang besar kepada bidang kesukarelawanan. Menerusi sebuah artikel yang diambil daripada Buku...

View Full Essay

  • Submitted by: lilolelya
  • Date Submitted: 08/29/2008 01:02 PM
  • Category: Psychology
  • Words: 6759
  • Pages: 28
  • Views: 78
  • Popularity Rank: 3303

View Full Essay

Want More?

Thousands of students trust PeerPapers.com for help with their writing. Shouldn't you?

Join Now